Berapa Jumlah Pinjaman Yang Saya Layak
BERAPA JUMLAH PINJAMAN YANG SAYA LAYAK?
*Sebelum anda membaca lanjut, sila ambil perhatian bahawa ini hanya sekadar rujukan kasar dan TIDAK harus diambil sebagai panduan muktamad untuk permohonan pinjaman anda kerana setiap bank mempunyai polisi dan cara pengiraan yang berbeza.
Ada yang tanya, kalau gaji saya RM3,000 berapa yang layak saya pinjam? Ada yang tanya kalau gaji saya RM5,000 berapa harga rumah yang boleh saya beli? dan beberapa lagi pertanyaan yang hampir serupa.
Jadi kat sini Admin nak kongsikan macam mana cara nak menentukan berapa banyak kita boleh pinjam.
JOM KITA KIRA
Berapa
Gaji KASAR anda (atau pendapatan bersama pasangan anda) ?
Katakan: RM8,000
Tolak (-) :
Pembayaran tetap lain dari gaji anda seperti EPF, SOCSO, Income Tax, DLL.
Katakan: RM2,500
Sekarang, kira berapa
pembayaran komitmen (pinjaman) anda setiap bulan seperti bayaran kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya. Senang cakap yang ada rekod CCRIS.
(Kalau ada yang pinjam pada Ah Long tu kira tak masuk sini la. tapi jangan cuba-cuba pinjam Ah Long ye)
Katakan: RM3,000
Oleh itu,
Gaji Bersih adalah:-
Gaji BERSIH: RM8,000 – RM2,500 – RM3,000 = RM2,500
Sekarang berdasarkan Gaji bersih inilah baru ditentukan berapa pinjaman yang boleh anda pohon atau berapa harga rumah yang boleh anda beli.
Bermula Januari 2012 pengiraan berdasarkan gaji bersih ini menggunakan apa yang dipanggil sebagai Debt Ratio/Debt Service Ratio/Debt Burden Ratio (DR) atau Nisbah Tanggungan Hutang anda.
Dalam bahasa mudah faham, berapa peratus yang akan bank benarkan anda pinjam berdasarkan baki bulanan di atas (dalam kes ni RM2,500).
Nisbah ini adalah berbeza mengikut bank. Dari apa yang saya tahu adalah sekitar 60%-75% dan sesetengahnya memberikan lebih tinggi. Oleh itu untuk contoh pengiraan ini saya gunakan 2 contoh pengiraan iaitu 60% dan 70%.
Ini bermaksud, jika bank memberikan:-
*Debt Ratio (DR)
DR = 60% : maka komitmen maksimum bulanan yang dibenarkan adalah RM2,500 x 60% = RM1,500 sebulan
DR = 70% : maka komitmen maksimum bulanan yang dibenarkan adalah RM2,500 x 70% = RM1,750 sebulan
Oleh itu berdasarkan kedua-dua contoh di atas, maka secara kasarnya jumlah pinjaman yang boleh anda pinjam, berdasarkan kadar pinjaman asas (BLR) semasa pada 4.5% untuk tempoh 30 tahun adalah:-
Jika komitmen dibenarkan; RM1,500
– Jumlah pinjaman yg boleh dipohon: = RM266,437
Jika komitmen dibenarkan; RM2,000
– Jumlah pinjaman yg boleh dipohon: = RM 310,843
----
JADI BERAPA HARGA RUMAH YANG SAYA BOLEH BELI?
Dengan andaian anda boleh memohon sehingga 90% dari harga rumah, maka cara mudah untuk anda kira adalah:-
(Jumlah Pinjaman yang layak x 100) / 90
Dalam kes di atas:-
Pinjaman yang layak RM266,437, maka
Harga rumah yang boleh dibeli : (RM 266,437*100)/90 = RM 296,042
Pinjaman yang layak RM310,843, maka
Harga rumah yang boleh dibeli : (RM 310,843*100)/90 = RM 345,381
Semoga sedikit penjelasan di atas membantu mereka yang masih tidak jelas. Saya harap selepas ini kepada sesiapa yang merancang untuk membeli rumah untuk membuat pengiraan ini terlebih dahulu supaya anda tidak terlebih bajet dan berisiko kehilangan deposit anda.
-----
Bagi mereka yang baru bekerja atau mempunyai komitmen pinjaman yang sangat rendah, kemungkinan had pinjaman perumahan anda sehingga ~40% daripada gaji anda sahaja walaupun anda boleh mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi berdasarkan pengiraan di atas.
Ini bermaksud jika gaji anda adalah RM3,000 sebulan tetapi berdasarkan contoh pengiraan di atas anda layak meminjam dengan bayaran bulanan sehingga RM2,000, had pinjaman anda mungkin dihadkan kepada bayaran bulanan maksimum RM1,200 sahaja.
Ini adalah antara faktor-faktor lain yang dipertimbangkan oleh bank selain rekod CCRIS dan CTOS yang baik.
*Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa panduan ini adalah panduan umum sahaja dan saya menjemput mereka yang arif dari bank dan sebagainya untuk membetulkan mana yang silap dan memberikan versi pengiraan untuk bank yang anda ketahui sebagai panduan semua. Terima kasih
Kredit: TipsHartanah dot com